Saturday, 13 April 2013

SETIAKU DI SINI


Miasara melepaskan pandangannya ke arah Hariz, wajah jejaka itu ditatap sedalamnya. Otaknya ligat berfikir tujuan lelaki itu mahu berjumpa dengannya, jelas sekali dia tidak pernah bertegur walau sepatah dengan Hariz semenjak minggu  orientasinya selesai. Baginya, tidak perlu dan tidak penting sama sekali untuk dia bertemu jejaka popular di kampusnya itu walaupun lelaki itu secara tidak sengaja telah menegurnya namun dia yang terpinga-pinga dan dalam keadaan kelam-kabut hanya mampu menghulurkan senyuman tanda hormat. Arghh biarlah, alang-alang dah jumpa ni tanya saja lah apa yang dia mahu. Miasara mengalihkan pandangannya ke arah tasik yang terbentang luas, dia teringat kata-kata pensyarahnya Dr Karina  tentang tasik itu yang didiami oleh iguana yang menjadikan manusia yang ada di sekelilingnya sebagai makanan. Dia tersenyum, mengundur selangkah menyedari dia hampir di tebing tasik itu. Bimbang apa yang diberitahu oleh pensyarahnya menjadi kenyataan, dia tersenyum lagi..ahhh mana ada iguana, biawak yang sebesar lengannya itu ada la. Dia tersenyum lagi tanpa menyedari tingkah lakunya diperhati Hariz yang sedari tadi memandang Miasara. Manis...

“Ermm saya pun tak tahu nak cakap apa sebab bukan saya yang panggil awak nak berjumpa kat sini, sebenarnya ada apa ye? Setahu saya kita tak pernah bertegur sebelum ni, dan saya pun tak kenal En Hariz selain pangkat yang awak ada di sini. Rasa macam formal la pulak, ehemm by the way awak nak apa ye jumpa saya? Saya nak cepat ni, lapar..belum makan lagi, sebelum saya makan iguana-iguana yang ada kat sini, baik awak cakap cepat!” ujar Miasara selamba, tawa meletus dari bibir jejaka itu mendengar kata-kata Miasara. Iguana?? Macam-macam la budak ni, mana ada iguana kat tasik ni, biawak ada la. Dia tersenyum, boleh tahan si Miasara ni.

“Memang kita tak pernah bertegur sapa, tapi saya nak buat cara gentleman. Saya nak kenal dengan Miasara, opss saya panggil Sara boleh? Entah kenapa saya rasa macam ada sesuatu je saat mula-mula saya tengok awak, satu perasaan yang sukar untuk dinyatakan. Sara sudi tak?”Hariz memulakan bicara penuh terus –terang, Miasara tersenyum sinis, bukan sekali ini dia hadapi situasi seperti demikian. Dia sudah masak dengan kerenah lelaki-lelaki yang dia rasakan semuanya sama, belum kenal tapi senang-senang mahu berkawan. Tanya pun tidak status dia, main redah jer..Hariz..Hariz....

“Errmm saya tak biasa orang panggil saya Sara, panggil je Mia. Semua kawan-kawan saya panggil saya Mia, lagi senang dan tak kekok. Begini la, pd saya gentleman pd pandangan setiap orang berbeza-beza dan dalam konteks saya, gentleman ialah awak jumpa family saya dan bagitahu mereka awak nak berkawan dengan anak perempuan mereka. Lagi senang, tak gitu?”Miasara tersenyum, mahu menduga sejauhmana keberanian jejaka di hadapannya itu. Apa la mamat ni..senang-senang dia je kan?

“Ohh macam tu ke? Boleh hantar rombongan terus la ni?”usik dia ketawa, Miasara menjegilkan biji matanya ke arah Hariz. Ishhh dia ni lebih-lebih pulak, nak mengena aku pulak yang terkena. Hariz ketawa lagi, dia tahu Miasara mahu menduganya. Jinak-jinak merpati, makan di tangan tapi apabila di dekati terbang di awan. Miasara terdiam, tidak tahu apa yang mahu dibalas bimbang dia yang dikenakan. Hariz tersenyum, Miasara..diperhatikan gadis di sebelahnya, wajahnya putih bersih, paling dia suka melihat bibir dan hidung gadis itu, jarang dia jumpa gadis Melayu hidung mancung seperti Miasara dan bibir itu merah asli, bukan penangan lipstik seperti yang dia pernah lihat pada gadis-gadis lain. Paling penting, gadis manis itu bertudung dan menarik pada pandangannya. Dia jatuh hati dan pada masa yang sama dia tahu dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Deringan telefon bimbit Miasara mengejutkan lamunannya, terkocoh-kocoh gadis itu mengangkat. Kalut....

“Yer? Kat mana? Okey, aku ada kat tasik ni je lah. Tengah belajar berenang dengan biawak,” ketawa meletus di bibirnya, terbentuk lesung pipit di pipinya yang comel. Selesai berbual-bual di talian, dia meminta diri.

“Awak, erm  Hariz kan..saya nak pergi dulu, kawan-kawan saya dah call ajak makan. Lagipun dah nak senja ni, tak elok lama-lama kat tasik waktu senja.” Nasihatnya ikhlas,

“Kenapa?” Hariz buat-buat tanya.

“Nenek saya kata nanti kena sorok dengan hantu raya, entah la iye ke tidak. Awak tanya la nenek saya nanti ye,” Miasara bergurau, ketawa meletus lagi di bibir Hariz. Kelakar budak ni, peramah yang tak dibuat-buat. Dia tersenyum..Miasara meminta diri, laju dia berjalan meninggalkan Hariz yang baru mahu membuka mulutnya. Hariz menggeleng-gelengkan kepalanya, Miasara....hatinya tersenyum sama.


********
“Apa yang dibualkan Mia? Lama semacam jer, kitorang kebulur tunggu kau tau tak? Nasib baik aku tak pergi intai apa korang berdua buat kat tasik tu,”

“Alaa lama tu sebab dua-dua senyap tak tahu nak kata apa la. Ada ke patut si Hariz tu propose nak kawan dengan aku depan iguana-iguana tu semua? Tak romantik langsung,”tawa terus meletus dari bibir 2 gadis itu, Murni dan Kasih. Iguana? Kata-kata Dr Karina yang baru dikenali benar-benar diterima oleh Miasara.

“Banyak la kau iguana, Hariz propose kau jadi kawan dia? Amboii, gentleman nya dia..lagi? ceritalah...” tanpa dipinta, laju Miasara membuka cerita perihal perjumpaan pertamanya dengan Hariz. Tiada apa yang perlu dirahsiakan, dia sudah menganggap Murni dan Kasih sahabat sejatinya meskipun mereka baru 3bulan berkenalan. Tawa meletus lagi, Murni yang becak mulutnya terlebih dahulu bersuara.

“Habis tu kau terima dia x? Kau cakap apa kat dia?”

“Aku cakap la jumpa family aku, terus dia kata nak hantar rombongan. Aku rasa Hariz tu tak betul la kepalanya, agak-agak kau kan macam mana la dia boleh jadi Presiden MPP? Ishh langsung tak menggambarkan karakter dia sebagai seorang pemimpin yang matang, cakap pun macam budak-budak. Banyak main la itu budak, haishhh...”

“Alaa entah ye entah tidak si Hariz tu kan? Ehh stop dulu cerita, sambung lepas makan..kita order makanan dulu baru sambung, lapaq..”sahut Kasih dalam loghat kedahnya.

~TO BE CONTINUED~



No comments:

Post a Comment